LOS ANGELES, 30 NOV – Bintang Minnesota Timber-wolves, Karl-Anthony Towns terpaksa direhatkan ‘selama-lamanya’ selepas mengalami kecederaan kaki, kata pasukannya pada Selasa.
Timberwolves berkata ujian MRI pada Selasa mengesahkan kecederaan pada kaki kanan.
“Dia akan direhatkan selama-lamanya dan akan diuji semula dalam masa beberapa minggu,” kata pasukannya.
Towns terjatuh pada suku ketiga semasa perlawanan antara Timberwolves dan Washington Wizards pada Isnin.
Semasa berada di gelanggang, dia telah tersilap langkah sambil memegang betisnya dan jatuh. Rakan sepasukan, Rudy Gobert dan jurulatih pasukan membantunya ke bilik persalinan. ESPC, memetik sumber yang tidak dinamakan, berkata pasukannya dijangka akan beraksi tanpa kehadiran Towns selama empat hingga enam minggu, tetapi menjangkakan ‘pemulihan penuh’.
Towns, 27, mempunyai purata 20.8 mata, 8.2 rebounds dan 5.3 assists dalam 21 perlawanan musim ini. – AFP