EDINBURGH, Scotland, 1 Ogos – Jurulatih Scotland, Gregor Townsend menerima ganjaran kerana memenangi sembilan dari 14 perlawanan dalam kendaliannya bersama kontrak baharu yang akan mengekalkannya sehingga 2021.
Townsend mengambil alih kendalian dari Vern Cotter Jun tahun lalu dan skuad itu menamatkan tempat ketiga dalam kempen Six Nation. “Ia adalah satu kelebihan besar untuk melatih skuad kebangsaan. Ia hebat, saya boleh meneruskannya. Terdapat banyak tugasan yang perlu dilakukan pada masa akan datang tetapi saya gembira saya terlibat bagi beberapa tahun lagi,” katanya, semalam.
Scotland masih berusaha untuk memperbaiki ketekalan dengan Piala Dunia seterusnya, tetapi terdapat beberapa kemenangan yang besar di bawah kendalian Townsend, termasuk dua ke atas Australia, kejayaan Six Nation menentang England dan Perancis, dan kemenangan 44-15 di Argentina dalam perlawanan baru-baru ini.
“Ia turun dan naik. Terdapat beberapa kenaikan yang tinggi. Untuk berada di sini pada akhir perlawanan menentang England pada tahun ini adalah sesuatu yang menarik.
“Persekitaran di padang, kegembiraan di wajah para penyokong, begitu juga dengan pemain, usaha yang mereka letakkan, kepuasan yang mereka dapat dari kemenangan itu,” kata Townsend. – AP