Oleh Pg Fairol RMF
NBT (Brunei) Sdn Bhd, pengedar utama Toyota di negara ini tidak henti-henti untuk menawarkan kualiti kereta yang terbaik kepada pelanggannya dan baru-baru ini syarikat tersebut telah menampilkan model terkini Toyota Corolla Altis serba baru dengan dua varian enjin 1.6 dan 1.8 liter.
Toyota Corolla Altis direka khusus berciri kemodenan de-ngan wajah hadapannya lebih tajam dan menampilkan sebuah kereta yang sportif dan aerodinamik.
Model ini mempunyai bampar hadapan yang rendah dan dimuatkan dengan lampu kabus. Malah gaya bentuk lampu hadapan lebih menarik berbanding model sebelumnya.
Altis turut menampilkan ciri sebuah kereta futuristik yang dilengkapi dengan Bi-Beam LED Projector yang memancarkan cahaya terang sehingga jarak jauh di waktu malam dan menampilkan ciri depan seperti sebuah kereta futuristik yang menakjubkan.
Menampilkan sebuah kereta yang mementingkan ciri kemo-denan, Altis terbukti mempunyai kelebihan yang tersendiri semasa uji pandu kereta tersebut. Penulis berpeluang untuk me-nguji pandu model Altis varian 1.8 Liter baru-baru ini. Sebelum uji pandu dijalankan, para media diberikan keterangan mengenai fungsi-fungsi kereta tersebut oleh perwakilan jualan Toyota, Syarikat NBT (Brunei).
Lokasi uji pandu dilakukan di Kampung Kota Batu menuju ke Kampung Mentiri kerana lokasi berkenaan mempunyai corak perjalanan yang banyak lencongan bagi memeriksa kestabilan kereta ini.



Moden dengan teknologi baru
Bertujuan untuk memberikan kepuasan kepada pengguna, Corolla Altis memperlihatkan satu ciri yang sangat moden ditambah dengan teknologi terbaru seperti papan pemuka rekaan terbaru, LCD TFT dengan optitron speedometer yang mana bukan sahaja membantu pemandu memberikan panduan dalam pemanduan secara ekonomi bahkan penggunaan bahan api dan pengiraan perjalanan.
Manakala di bahagian tengah papan pemuka kereta ini dilengkapi dengan skrin sentuh sistem audio Toyota, sebagai sistem penghibur audio melalui CD, radio, penghubung Bluetooth dan untuk membuat panggilan.
Di bahagian ruang dalam kereta ini turut mempunyai kadar bunyi yang baik walaupun ia dipandu pada kelajuan tinggi sekali gus memberikan bunyi yang senyap di bahagian dalam.
Semasa merentasi perjalanan berlopak atau hump ternyata kereta ini sangat kuat malah tidak ada impak dari gegaran setentunya memberikan kesan keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang.
Altis mempunyai badan yang ringan dan senang untuk dikawal menjadikan ianya sebuah kereta yang mempunyai responsif dan keselamatan pemanduan yang sangat terjaga.
Tambahan lagi perjalanan melencong seperti di Kampung Kota Batu terkawal dengan baik dengan bantuan teknologi Pengawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) menjaga daripada hilang kawalan.
Prestasi kelajuan yang lebih baik
Prestasi perlepasan awal memberikan kuasa memuaskan, prestasi ini dihasilkan dari teknologi terkini enjin 1.8 4 silinder in-line 16 Valve DOHC dengan DUAL VVT-i Timing Valve dengan transmisi 7-kelajuan yang dipertingkatkan dari enjin model sebelumnya.
Ini membolehkan Corolla Altis memberikan prestasi kelajuan sepenuhnya dari julat rendah ke pertengahan dan juga penjimatan minyak kepada 14.9km/l.
Ini bermakna 13 peratus lebih kuasa, 16 peratus penjimatan minyak yang lebih baik dengan pengurangan emisi karbon dioksida (Co2).
Bagi pandangan penulis, Corolla Altis agak sedikit sempit di bahagian pemandu. Bagaimanapun masalah tersebut boleh diubahsuai dengan membuat penyesuaian kerusi pemandu. Bahagian belakang pula tidak menjadi masalah ke-rana ruangnya agak luas.
Kenderaan buatan Toyota setentunya dipertingkatkan teknologi keselamatan, sebab itulah salah satu titik jualan Toyota dipercayai ramai.
Seperti tujuh bag udara SRS memberikan keselamatan kelas terbaik menjaga bahagian depan dan sisi bahkan lutut dari kemalangan.
Antara sistem keselamatan lain diutamakan seperti Anti Brake ABS-EBD, Sistem Pengawal Traction (TRC) dan badan struktur yang keras bagi keselamatan penumpang yang dipanggil (GOA).
Antara ciri-ciri keselamatan lain seperti sensor undur (reverse), pengelap cermin dengan sensor automatik apabila hujan, sistem keselamatan kawalan jauh, tempat duduk bagi keselamatan kanak-kanak di bahagian penumpang belakang yang diiktiraf oleh ISOFIX.