Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota Avanza baharu diperkenalkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – NBT Brunei Sdn Bhd secara rasminya hari ini telah memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk, Toyota Avanza facelift dan boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di negara ini.

    Toyota Avanza serba baharu berkenaan ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3cc Manual dan 1.5cc Auto.

    Avanza baharu berkenaan digerakkan oleh enjin 2NR-VE 1.3-liter dan 1.5-liter 4-silinder 16-injap DOHC dengan Dual VVT-I yang mana kuasanya disalurkan melalui transmisi empat kelajuan elektronik automatik untuk 1.5 liter dan lima kelajuan untuk versi manual.

    Dengan enjin berkenaan, Avanza serba baharu ini mampu menghasilkan 105 PS dengan tork maksimum 136 Nm pada 4200 rpm untuk transmisi automatik dan 121Nm pada 4,200 untuk manual. Varian 1.5 didatangkan standard dengan lampu bi-LED dan lampu kabus di hadapan, antena sirip yu dan juga spoiler bersama lampu brek ketiga LED. Versi paling asas 1.5E didatangkan dengan rim 15 inci kemasan perak, manakala model lebih tinggi 1.5S dan 1.5S+ didatangkan dengan rim yang sama tetapi miliki kemasan dua tona bersama cermin sisi berkuasa, kemasan badan krom gelap dan juga pemantul berwarna merah dipadankan pada pintu belakang.

    Toyota Avanza versi facelift diperkenalkan kepada orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda