Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Toyota Brunei tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara Let’s Raya yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Dewan 2, Bridex, Jerudong.
Semasa acara itu, Toyota Brunei menampilkan beberapa model Toyota termasuk Special Bold Edition Toyota Camry, Toyota Majesty sembilan tempat duduk dan Toyota Altis.
Di samping itu, beberapa promosi turut sedang dijalankan termasuk Mega 21 Test Drive Spree di mana dengan menguji pandu mana-mana jenis kenderaan Toyota akan membolehkan mereka untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk iPhone 12, PS5 dan banyak lagi sehingga promosi berakhir pada pertengahan Jun depan.
Selain itu, Promosi Go For Gold juga masih berjalan yang memberikan peluang kemenangan kepada semua pelanggan yang membeli kenderaan Toyota untuk mendapatkan hadiah berupa baucar emas sehingga $5,000.
Lebih menarik adalah kadar faedah istimewa turut ditawarkan bagi model terpilih seperti Camry, Vios, Avanza, Previa dan Hilux.
Para pengunjung Let’s Raya juga berpeluang untuk menyertai pertandingan tangkap dan menang bagi mendapatkan hadiah $100 dengan hanya mengunjungi petak Toyota dan merakamkan gambar bersama Life-sized Ketupat dan menyertakan kapsyen gambar sebelum muat naik ke media sosial masing-masing dengan tag dan hashtag yang
ditetapkan.
