Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota dan Idemitsu akan bekerjasama dalam teknologi bateri EV

    TOKYO, 12 OKT – Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Toyota, bersetuju pada hari ini untuk bekerjasama dengan Idemitsu, sebuah syarikat minyak utama Jepun, mengenai teknologi untuk pengeluaran besar-besaran bateri pepejal yang menjanjikan untuk menjadi komponen utama dalam kenderaan elektrik masa depan.

    Perjanjian itu merupakan langkah penting bagi Toyota Motor Corp., yang telah berjanji untuk mempercepatkan penawaran EV baterinya dan mengejar setelah ketinggalan di belakang pesaing seperti Tesla dan BYD China. Toyota ketinggalan sebahagiannya kerana kejayaannya dalam hibrid, seperti Prius, yang dilengkapi dengan kedua-dua enjin petrol dan motor berkuasa bateri.

    Toyota, dengan kemahiran pengeluarannya, dan Idemitsu, yang memiliki teknologi dalam bahan, berkata mereka menyasarkan kejayaan pengkomersialan bateri pepejal pada tahun 2027 atau 2028, diikuti dengan pengeluaran besar-besaran berskala penuh.

    “Dengan usaha berulang yang melibatkan percubaan dan kesilapan, kami telah berjaya membangunkan bahan yang lebih stabil dan kurang mudah retak,” kata Ketua Eksekutif Toyota, Koji Sato kepada pemberita di Tokyo, selepas berjabat tangan dengan rakan sejawatannya di Idemitsu.

    “Masa depan mobiliti terletak pada jalinan antara sektor auto dan tenaga, termasuk inovasi ini yang berasal dari Jepun,” katanya.

    Bateri pepejal dipercayai secara meluas penting untuk pengkomersilan besar-besaran EV berkuasa bateri. Bateri litium-ion yang komponennya adalah cecair kini biasa digunakan dalam kenderaan elektrik, tetapi terdedah kepada kebakaran. Bateri pepejal lebih stabil dan berpotensi lebih berkuasa, tetapi secara amnya lebih mahal.

    “Era bateri pepejal sudah hampir,” kata Ketua Eksekutif Idemistu Kosan Co., Shunichi Kito.

    Idemitsu telah meneliti teknologi asas untuk bateri pepejal sejak 2001. Toyota bermula pada tahun 2006. Kito berkata inovasi terbaru akan membantu bateri yang kini dalam usaha mengatasi kelebihan bateri litium-ion berbanding EV.

    Kerjasama itu memberi tumpuan kepada elektrolit pepejal sulfida, bahan yang lembut, pelekat (adhesive) dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran, kata syarikat itu.

    Kito berkata Idemitsu membangunkan teknologi pengeluaran besar-besaran yang berkaitan dengan elektrolit pepejal sulfida dengan mengkaji produk sampingan daripada penapisan petroleum. – AP

    Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Corp. Koji Sato bercakap semasa sidang akhbar mereka di Tokyo, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda