Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Toyota Industries gantung penghantaran 10 model

    TOKYO, 29 JAN – Toyota berkata hari ini ia menggantung penghantaran 10 model yang menggunakan enjin yang dikaitkan dengan penyelewengan ujian di sebuah syarikat gabungan.

    Anggota jawatankuasa siasatan khas mengadakan sidang akhbar berhubung penipuan pensijilan enjin Toyota Industries di Tokyo kelmarin. – AFP

    Syarikat gabungan itu, Toyota Industries, tidak menjalankan ujian keluaran kuasa kuda yang betul untuk pensijilan tiga model enjin diesel, kata kumpulan induk itu.

    Pembuat kereta itu berkata model, termasuk Land Cruiser 300 dan HiAce, menggunakan enjin yang terjejas.

    Penggantungan hantaran itu akan menjejas kira-kira 36,500 kenderaan Toyota yang dikeluarkan setiap bulan, kata syarikat.

    Toyota Industries berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa pekerjanya menyelaraskan jumlah pancitan bahan api untuk menjadikan data ‘lebih baik’.

    Toyota Motor berkata ia telah mengesahkan enjin dan kenderaan yang terjejas memenuhi piawaian keluaran prestasi enjin, bermakna tidak timbulnya keperluan untuk berhenti menggunakan enjin atau kenderaan yang terjejas.

    Toyota Industries juga berkata penyelewengan lain ditemui berkaitan dengan proses pensijilan untuk enjin forklift dan peralatan pembinaan lain.- AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...