Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota Jepun akan ambil alih sepenuhnya anak syarikat pembuatan alat ganti

    TOKYO, 3 JUN – Pengeluar kereta nombor satu dunia, Toyota, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan mengambil alih sepenuhnya anak syarikat pembuatan alat gantinya, Toyota Industries, menerusi perjanjian yang dilaporkan bernilai lebih AS$40 bilion.

    Toyota Industries, yang turut mengeluarkan forklift dan kenderaan industri lain, akan menjadi syarikat persendirian di bawah sebuah syarikat induk yang terdiri daripada Toyota Motor dan pihak-pihak lain, menurut kenyataan syarikat terbabit.

    Toyota Motor sebelum ini memiliki sekitar 23 peratus kepentingan dalam Toyota Industries – yang asalnya merupakan sebuah syarikat pengeluar mesin tenun milik keluarga sebelum berkembang menjadi Toyota Motor seperti yang dikenali hari ini.

    Sebelum pengumuman rasmi dibuat, laporan media menyebut bahawa nilai keseluruhan Toyota Industries dianggarkan mencecah AS$42 bilion.

    Menurut penganalisis Bloomberg Intelligence, Tatsuo Yoshida, langkah menjadikan Toyota Industries sebagai syarikat persendirian akan memberikan lebih kebebasan dalam pengurusan dan boleh dianggap sebagai berita baik kepada pelabur jangka panjang.

    Namun, beliau turut memberi amaran bahawa pengambilalihan tersebut memerlukan jumlah dana yang sangat besar dan oleh itu masih belum jelas sama ada langkah itu menguntungkan dari segi ekonomi, menurut laporan Bloomberg pada April lalu. – AFP

    Logo Toyota Motor dipamerkan di bilik pameran kereta di Tokyo pada 8 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda