Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Toyota : Kekurangan ruang cakera punca penutupan kilang

    TOKYO, 6 SEPT – Syarikat terbesar automobil Toyota hari ini menyalahkan penutupan semua kilangnya di Jepun bulan lepas atas kerosakan sistem yang disebabkan oleh ‘ruang cakera yang tidak mencukupi’.

    Pengeluar kereta terlaris di dunia itu berkata, penghentian sehari pada 29 Ogos di semua 14 kilang domestiknya berlaku selepas pelayar yang memproses tempahan alat ganti mengalami kerosakan berikutan prosedur penyelenggaraan.

    Semasa operasi itu, “data yang telah terkumpul dalam pangkalan data telah dihapuskan dan diatur semula serta berlaku ralat disebabkan oleh ruang cakera yang tidak mencukupi, menyebabkan sistem terhenti,” kata Toyota dalam satu kenyataan.

    Syarikat itu juga mengesahkan penemuan awal sebelumnya bahawa insiden itu ‘bukan disebabkan oleh serangan siber’.

    Toyota terkenal dengan sistem pengeluaran ‘tepat pada masanya’ yang menyediakan penghantaran kecil sahaja bagi alat ganti yang diperlukan dan barangan lain bagi proses pemasangan.

    Amalan itu mengurangkan kos sambil meningkatkan kecekapan dan dipelajari oleh pengeluar lain dan di sekolah-sekolah perniagaan di seluruh dunia, dengan penekanan pada faedah dan risiko yang ada. – AFP

    Foto pemandangan udara menunjukkan kilang Takaoka Toyota pada 29 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...