Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota, Mazda bina kilang bersama

    DETROIT, 10 Jan – Pembuat kereta Jepun, Toyota dan Mazda telah memilih Alabama sebagai tapak terbaru dalam usaha sama bernilai AS$1.6 bilion bagi kilang pengeluaran kereta, menurut seseorang yang memberi taklimat ringkas terhadap keputusan itu, semalam.

    Kilang itu akan menggaji pekerja seramai kira-kira 4,000 orang dan akan dibina di kawasan Huntsville di wilayah Limestone, beritahu seseorang yang meminta agar namanya tidak didedahkan memandangkan lokasi berkenaan belum didedahkan secara rasmi.

    Pegawai di Alabama mengatakan mereka menjangkakan Gabenor Kay Ivey untuk membuat pengumuman bagi pembangunan ekonomi utama hari ini di Montgomery, akan tetapi mereka tidak mengulasnya dengan lebih lanjut.

    Alabama dan Carolina Utara berada di peringkat terakhir bagi pembinaan kilang besar, yang dijangka akan memulakan operasinya pada 2021. Kilang itu akan membolehkan untuk membina sebanyak 300,000 ribu kenderaan pada setiap tahun dan akan menghasilkan kereta kompak Toyota Corolla untuk Amerika Utara dan SUV kecil yang terbaru dari Mazda, menurut syarikat itu.

    Gambar bertarikh 4 Ogos 2017 menunjukkan Presiden Akio Toyoda (kiri) dan Presiden Mazda Motor Corp. Presiden Masamichi Kogai (kanan) berjabat tangan selepas sidang akhbar di Tokyo, Jepun. – AP

    Toyota dan Mazda membentuk perikatan kewangan dan membahagikan belanjawan sama rata bagi kilang berkenaan.

    Selepas membuat penilaian semula terhadap pasaran, Toyota Motor Corp. mengubah rancangannya untuk menghasilkan Toyota Corolla di kilangnya di Guanajuato di Mexico yang sedang dalam pembinaan, tetapi akan mengeluarkan pikap Tacoma di sana, menurut Toyota.

    Presiden Donald Trump telah mengkritik Toyota kerana memindahkan penghasilan kereta dan pekerjaan ke Mexico. Melalui pelaburan, kedua-dua pembuat kereta berharap untuk membuktikan kewarganegaraan korporat Amerika yang baik dan meredakan kebimbangan pentadbiran Trump terhadap pekerjaan yang dibawa ke luar negara.

    Pada musim panas yang lalu, Presiden Toyota Akio Toyoda menafikan pandangan Trump telah mempengaruhi keputusannya itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda