TOKYO, 29 Sept – Syarikat gergasi automobil, Toyota berkata kelmarin ia sedang bekerjasama dengan Mazda dan pengilang alat ganti Denso dalam usaha sama baru untuk membangunkan kenderaan elektrik. Langkah itu muncul ketika Toyota, pengeluar kenderaan hibrid Prius, meningkatkan usaha untuk membangunkan teknologi bersih, termasuk kenderaan elektrik dan sistem hibrid yang menggunakan kedua-dua petrol dan elektrik