TOKYO, 12 MEI – Toyota Motor, pengeluar kereta terbesar di dunia yang juga merupakan syarikat automotif yang paling terkesan akibat perang perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Cukai terhadap kereta dan alat ganti yang diimport memaksa General Motors mengurangkan ramalan keuntungan tahunan sebanyak AS$5 bilion, sementara Ford Motor bersiap sedia menghadapi kerugian tahunan sebanyak AS$1.5 bilion.
Toyota dijangka mencatat kemerosotan keuntungan sebanyak AS$1.2 bilion hanya dalam tempoh dua bulan.
Walaupun pengeluar kereta Jepun itu tidak memberikan anggaran untuk keseluruhan tahun 2025, ia mengunjurkan pendapatan operasi sebanyak 3.8 trilion yen (AS$25 trilion) untuk tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2026 jauh di bawah jangkaan 4.7 trilion yen (AS$ 31 trilion ) oleh penganalisis.
Sementara Toyota telah meningkatkan pengeluaran tempatan di AS sehingga lebih separuh daripada jualannya di negara itu, ia masih bergantung pada import alat ganti dan model kenderaan utama, bersamaan kira-kira 1.2 juta kereta setahun.
Trump menyebut Toyota secara langsung dalam ucapan Hari Pembebasan di Taman Mawar pada 2 April. Beliau mengadu tentang ‘satu juta kereta buatan asing’ yang dijual Toyota di AS.
Kesan tarif yang besar ini mencerminkan keputusan syarikat untuk mengekalkan harga jualan di pengedar AS dan jumlah pengeluaran di 11 kilang Amerika mereka ketika rundingan perdagangan dua hala antara AS dan Jepun bermula. Rundingan itu bermula pada Februari dan tidak jelas bila ia akan berakhir dengan perjanjian. – ANN/The Straits Times
