Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota, Panasonic bergabung

    TOKYO, 9 Mei – Pengeluar kereta Jepun dan syarikat gergasi elektronik Panasonic sedang menubuhkan satu usaha sama untuk menggabungkan perniagaan syarikat mereka di Jepun untuk memaparkan teknologi seperti kereta yang dilengkapi kemudahan internet dan kesalinghubungan internet.

    Toyota Motor Corp, yang menawarkan perumahan serta kenderaan di Jepun, berkata syarikat baharu itu akan menawarkan rumah yang memaparkan teknologi berkenaan.

    Panasonic Corp berkata subsidiarinya akan menjadi sebahagian daripada usaha sama itu. Syarikat berkata hari ini perjanjian harus dicapai pada Januari 2020.

    Kedua-dua pihak berkata komuniti sekarang semakin memerlukan kereta yang dilengkapi kemudahan internet, pemanduan automatik, perkongsian kereta dan kenderaan ekologi, serta rumah yang menawarkan tenaga dan gajet mampan.

    Pada awal tahun ini, Toyota dan Panasonic mengumumkan satu usaha sama untuk menyelidik, menghasilkan dan menjual bateri untuk kereta ekologi, satu sektor yang menguntungkan di tengah kebimbangan mengenai pemanasan global.

    Syarikat berkenaan telah mengkaji untuk bekerjasama mengenai pengeluaran bateri sejak tahun 2017.

    Usaha sama perumahan mengumpul bersama semua jenama rumah kedua-dua syarikat, termasuk Misawa Homes Co., Toyota Housing dan Panasonic Homes Co.

    Ketua Eksekutif Toyota Akio Toyoda berkata pengeluar kereta itu tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pelbagai syarikat tatkala industri berkembang maju. – AP

    Pegawai Operasi Toyota Motor Corporation Masayoshi Shirayanagi (kiri) dan Pegawai Eksekutif Urusan Panasonic Corporation Makoto Kitano berjabat tangan selepas persidangan akhbar di Tokyo kelmarin. Pengeluar kereta Jepun Toyota dan pengeluar elektronik Panasonic akan menubuhkan satu usaha sama untuk menggabungkan perniagaan perumahan mereka di Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda