OYAMA, 1 JUN — Di litar yang luas berhampiran Gunung Fuji, sebuah Corolla yang menggunakan cecair hidrogen telah membuat penampilan pertama perlumbaan, sebagai sebahagian daripada langkah untuk memperkenalkan teknologi futuristik ini ke dalam dunia perlumbaan dan untuk menunjukkan keazaman Toyota membangunkan kenderaan mesra alam.
Pengerusi Toyota, Akio Toyoda, yang bergaya dengan pakaian seragam perlumbaan kalis api, tersenyum lebar ketika beliau bersedia untuk meluncur di litar dengan Corolla yang dikuasakan oleh hidrogen.
“Ini adalah yang pertama di dunia untuk kereta cecair hidrogen berlumba. Kami berharap ia akan menawarkan satu lagi pilihan dalam usaha mengurangkan pemanasan global. Untuk memberikan senyuman kepada semua orang, saya ingin melalui satu pusingan, walaupun terlebih satu saat,” kata Toyoda, bekas CEO Toyota, cucu kepada pengasas pembuat kereta tersebut dan seorang pemandu kereta lumba berlesen.
Kereta lumba hidrogen Corolla ini tidak akan muncul untuk jualan dalam masa terdekat. Perlumbaan Super Taikyu 24 jam di Fuji Speedway hanyalah ujian untuk teknologi itu, kata pegawai Toyota.
Tidak seperti kenderaan elektrik, ia mempunyai enjin pembakaran, tetapi ia menggunakan cecair hidrogen sebagai bahan api, bukannya petrol. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/06/P24-2a-race-car_02062023.jpg)