Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Seramai 20 orang pemenang bertuah bagi Kempen Mega 21 Test Drive Spree telah menerima hadiah masing-masing pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Bridex, Jerudong, hari ini.
Di majlis itu, empat orang telah memenangi hadiah menarik bagi minggu ke-13, 14, 15 dan 16, menerusi kempen Test Drive Spree yang berlangsung selama 21 minggu hingga pertengahan Jun depan, di mana 21 orang pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi 21 hadiah menarik dengan hanya memandu uji kenderaan Toyota.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang berkenaan ialah Pengurus Jualan Toyota, Anderson Lim.
Pemenang bagi minggu ke-13 dimenangi oleh Awang Mohammad Zaki Ismail yang membawa pulang hadiah berupa Xiaomi Poco Phone, minggu ke-14 dimenangi oleh Lu Ai Siang yang membawa pulang hadiah berupa Mi Smart TV, manakala pemenang minggu ke-15 ialah Kamrodi Kamchi yang membawa pulang hadiah Apple Earbuds dan minggu ke-16 dimenangi oleh Dayang Aidah Abidin yang membawa pulang hadiah Playstation 5.
Sementara itu, 16 orang pemenang lain juga membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah bernilai $30.
Pelbagai hadiah-hadiah menarik lagi bakal menanti para pemenang bertuah iaitu iPhone 12 Mini, Nintendo Switch, Xiaomi Poco X3, JBL Bluetooth Speaker, Under Armour Wireless Earbuds dan Go Pro Hero.
