TOKYO, 29 MEI – Toyota menggunakan slogan unik dan futuristik, ‘Enjin dilahirkan semula’ untuk memperkenalkan rancangan enjin terbaharunya yang masih menggunakan pembakaran dalaman tradisional. Dalam pembentangan selama tiga jam di dewan Tokyo kelmarin, Toyota mengumumkan ia akan menawarkan enjin kompak yang menggunakan bahan api hijau seperti hidrogen dan bioetanol, atau dipasangkan dengan motor elektrik pelepasan-sifar