Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota umum pembukaan kilang pertama di Myanmar

    TOKYO, 30 Mei – Pembuat auto Jepun, Toyota hari ini mengatakan ia akan membuka kilang pengeluaran kenderaan pertamanya di Myanmar, ketika pasaran auto negara itu berkembang dan kerajaan membatalkan sekatan import.

    Firma itu mengatakan ia merancang untuk menghasilkan model Hilux tempatan di kilang baharu bermula Februari 2021 dan akan melabur sebanyak AS$52.6 juta dalam kilang di zon ekonomi khas di luar Yangon.

    Pengeluaran kilang itu ditetapkan pada tahap sederhana, dengan rancangan untuk mengeluarkan 2,500 kereta Hilux setahun. Namun pengumuman itu dibuat menyusuli langkah pembuat kereta lain yang sudah pun mempunyai kilang tempatan mantap, termasuk Suzuki, Nissan dan Ford. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda