Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Toyota Wigo terkini lebih sportif, canggih

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Model terbaharu Toyota Wigo yang dinanti-nantikan para penggemar jenama berkenaan kini memasuki pasaran dengan pengenalannya di The Mall, Gadong, hari ini.

    Generasi kedua kereta hatchback itu mengetengahkan teknologi canggih dan prestasi pemanduan yang lebih baik daripada model terdahulu yang mula diperkenalkan pada 2014.

    Hadir untuk sama-sama memperkenalkan Toyota Wigo terbaharu berkenaan ialah Pengurus Besar Jualan Kanan NBT, Leong Cheng Soon; Pengurus Pemasaran NBT-Toyota, Anderson Lim serta pengurusan kanan dari bank-bank dan syarikat-syarikat insurans.

    NBT Brunei, pengedar sah kenderaan Toyota di Brunei, telah membawa model terbaharu tersebut dalam empat warna pilihan iaitu putih, hitam, gray metallic dan red mica metallic.

    Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan sendiri dengan lebih dekat ciri-ciri unik dan terkini model tersebut di The Mall bermula hari ini hingga Ahad dan di kesemua dewan pameran NBT Toyota bermula 4 September.

    Toyota Wigo baharu itu bukan sahaja mengekalkan prestasinya terdahulu yang unggul
    serta menjadikannya pilihan para penggemarnya tetapi juga kini diberikan reka bentuk
    lebih menarik, menawan, sportif serta pengalaman memandu lebih selesa.

    Wigo merupakan sebuah kereta yang bukan sahaja seronok untuk dipandu tetapi juga merupakan sebuah kenderaan nilai untuk wang dengan menawarkan teknologi canggih dalam pakej menarik.

    Model terkini juga mengetengahkan ruang dalaman yang lebih luas daripada model terdahulu serta memberikan pengalaman memandu yang selesa serta direka dengan ciri-ciri keselamatan terkini untuk pemandu dan penumpang.

    Leong Cheng Soon dan Anderson Lim serta pengurusan kanan dari bank-bank dan syarikat insurans bergambar ramai di hadapan model-model terbaharu Toyota Wigo di The Mall, Gadong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Pengunjung melihat lebih dekat Toyota Wigo terkini yang baharu diperkenalkan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Ruang dalam Toyota Wigo baharu yang dilengkapi teknologi terkini. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda