Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TPM Fadillah lawat Port Of Antwerp-Bruges 

    BRUSSELS, 1 JUN – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Port of Antwerp-Bruges International (PoABI) sebagai sebahagian daripada lawatan rasminya ke Belgiu, kelmarin.

    Terletak 80km dari Laut Utara di Sungai Scheldt, PoABI merupakan pelabuhan kontena antarabangsa ke-dua terbesar di Eropah dan yang ke-14 di dunia.

    Dalam lawatan itu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi telah diberi taklimat mengenai pelabuhan oleh pengarahnya, Stefan Cassimon. PoABI adalah perintis dalam kalangan pelabuhan-pelabuhan mampan.

    Tahun lepas, penyedia perkhidmatan logistik perkapalan pukal kering yang berpangkalan di Sarawak Hubline Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PoABI  ketika negeri itu sedang meninjau peluang  untuk membina pelabuhan laut dalam baharu untuk selatan Sarawak di Tanjung Embang.

    Dilaporkan Tanjung Embang akan dibangunkan oleh ASSAR Group, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

    Pada Oktober tahun lepas, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) turut memeterai perjanjian kerjasama dengan PoABI untuk membangunkan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Manjung, Perak, melibatkan jumlah pelaburan kira-kira RM72 bilion untuk tempoh selama 25 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda