Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TPM Singapura dan rombongan berlepas pulang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan isteri, Chew Poh Yim serta rombongan hari ini bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam setelah selesai mengadakan lawatan kerja selama tiga hari.

    Hadir mengucapkan selamat bertolak kepada Tuan Yang Terutama (TYT)Teo Chee Hean dan isteri serta rombongan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah dan pengiran datin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud dan datin serta Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Lim Hong Huai.

    Sebelum berlepas meninggalkan negara ini, Yang Berhormat Dato menyampaikan cenderahati berupa album kenang-kenangan kepada TYT Teo Chee Hean.

    TYT Teo Chee Hean menerima cenderahati daripada Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin dan isteri mengucapkan selamat bertolak kepada TYT Teo Chee Hean dan isteri. – Gambar oleh Infofoto

    Mengiringi Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Republik Singapura, PYT Grace Fu Hai Yien; Menteri Pendidikan dan Menteri Pengangkutan Kedua, TYT Dato Paduka Seri Ng Chee Meng; Menteri Kanan Negara bagi Komunikasi dan Penerangan dan Menteri Kanan Negara bagi Pendidikan, TYT Dr Janil Puthucheary; Menteri Kanan Negara bagi Perdagangan dan Industri dan Menteri Kanan Negara bagi Pembangunan Negara, TYT Dr Koh Poh Koon dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pendidikan dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga, Prof. Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

    TYT Teo Chee Hean dan isteri serta rombongan berada di negara ini bagi lawatan kerja Program Pemimpin Belia Singapura.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda