Monday, August 26, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    TPM Singapura lawat BKISHHB

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) hari ini menerima kunjungan daripada Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat dan isteri, Chang Hwee Nee berserta rombongan.

    Timbalan Perdana Menteri Singapura dan isteri berada di negara ini sebagai tetamu khas bagi menghadiri Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Ketibaan rombongan di BKISHHB telah dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) Jabatan Perdana Menteri, Awang Ajman bin Haji Meludin.

    Turut mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Pengarah BKISHHB, Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad serta pegawai dan kakitangan BKISHHB.

    Timbalan Perdana Menteri Singapura dan isteri, serta rombongan memulakan lawatan dengan menandatangani lembaran kenangan, diikuti sesi bergambar ramai.

    Rombongan turut mendengarkan taklimat ringkas mengenai BKISHHB daripada Dr Haji Awang Mohammed Hussain sebelum beredar ke galeri-galeri pameran.

    Rombongan Timbalan Perdana Menteri Singapura juga berkesempatan melawat ke Galeri Rambut Mulia Rasulullah SAW yang dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari mulai 15 Julai hingga 17 Julai.

    Heng Swee Keat dan isteri, Chang Hwee Nee semasa melawat BKISHHB. – GAMBAR SERAHAN BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
    GAMBAR SERAHAN BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
    GAMBAR SERAHAN BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
    GAMBAR SERAHAN BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma tenusu ‘100% tulen NZ’ tumpas, guna mentega India

    WELLINGTON, 26 OGOS - Sebuah syarikat tenusu Kiwi telah ditumpaskan kerana secara palsu mendakwa produknya adalah ‘100 peratus tulen New Zealand’, sebaliknya menggunakan mentega...