Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

TPOR masih lemah

Tekad pemedulian pelanggan (TPOR) di sebahagian jabatan kerajaan masih lagi lemah dan perlu diperbaiki.

Ini kerana saya sudah banyak kali terkena bila pergi ke beberapa jabatan relevan membabitkan proses-proses pendaftaran atau berkaitan imigresen. Ya, mungkin bagi kakitangan di sana, kami ada banyak masa untuk berurusan berulang kali dengan mereka.

Namun ketahuilah, masa-masa kami banyak terbuang. Mana tidaknya, jika sudah ditulis di papan depan jabatan masing-masing jam beroperasi se-hingga 12 tengah hari tetapi jam 11 pagi sudah lesap orangnya, orang paling penyabar pun akan berang. Dan jika pun di kertas tertulis masa mengambil dokumen yang siap sebelum jam 11:15, tetapi jam 10:59 dan 11 pagi kosong sudah kerusinya, bagaimana?

Baik tukar sahaja jam operasi dari 8 sehingga 10:59 pagi agar orang tidak lagi datang jam 11 ke atas. Ya kami tahu, awda pun ada anak-anak yang perlu diambil di sekolah, tetapi jika sudah bertugas jam sekian-sekian, buatlah pertukaran dengan orang muda yang tak berkeluarga untuk memastikan masa itu dipenuhi. Atau buatlah jadual yang bersesuaian.

Ini bukan sekali dua kali saya terkena, bahkan banyak kali. Malahan bukan saya seorang, ada saja orang yang datang sekali dengan saya tetapi pulang dengan hampa apabila tidak mendapat layanan daripada orang yang bertugas kerana sudah tiada di tempatnya.

Apabila ditanya dengan yang lain, jawapan cliche adalah, ‘balik/keluar sudah orangnya, datang esok lagi kita, ia saja yang tau tu,’. Tidakkah yang lain boleh multitasking juga?

Diharap pihak berkenaan dapat memantau perkara ini. Begitu juga dengan yang bertugas, jalankanlah tugas dengan amanah dan jujur dan elakkanlah ‘mengular.’

Masa itu emas

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -