LONDON – Tradisi tahunan iaitu mengira dan memeriksa kesihatan angsa milik Queen Elizabeth II telah mula dianjurkan baru-baru ini di Sungai Thames.
Acara yang berlangsung selama lima hari itu dikenali sebagai Swan Upping dan ia telah dianjurkan sejak kurun ke-12. Ia diadakan sebagai satu ritual bagi memastikan bahawa jumlah angsa bagi memeriahkan sesuatu acara itu adalah mencukupi.
Kini, tradisi tersebut lebih dilihat dari sudut pemeliharaan di mana data yang dikumpulkan untuk dinilai bagi melihat sendiri perkembangan pertumbuhan populasi angsa.
Setiap spesies angsa Mute Swans yang tidak memiliki tanda ditemui di kawasan terbuka di sungai itu secara tidak langsung akan menjadi milik Kerajaan British.
Mute Swan merupakan spesies angsa yang memiliki paruh berwarna jingga.


Sekumpulan pakar yang dikenali sebagai Swan Uppers dengan menaiki bot telah ditugaskan untuk mencari angsa-angsa di sekitar Sungai Thames.
Tatkala, sekumpulan angsa ditemui maka kumpulan pencari akan bersedia untuk menaikkan angsa sekaligus memberikan tanda di badannya dan memeriksa keadaan kesihatan spesies angsa tersebut bagi memastikan ia bebas dari sebarang penyakit dan kecederaan.
Pada 1985, jumlah populasi angsa di sekitar Sungai Thames menurun sehingga hanya pada kadar tujuh ekor berikutan daripada kes keracunan akibat pembuangan sisa yang tidak terkawal.Namun kini, perkara tersebut telah berjaya diatasi setelah tegahan dilaksanakan.
David Barber, penanda rasmi angsa milik Ratu British itu berharap agar acara itu akan berjaya melindungi spesies angsa di sungai itu daripada sebarang ancaman terdiri daripada haiwan pemangsa, anjing, pencemaran akibat tumpahan minyak dan penyeludupan telur angsa.

Spesies angsa tersebut juga sering berhadapan dengan kecederaan yang serius akibat terkena cangkuk pada alat pemancing dan terbang sehingga terlanggar wayar kawat elektrik atau diserang oleh individu yang tidak bertanggung jawab.
Hasilnya, jumlah anak angsa yang membiak sehingga ke tahap dewasa juga semakin berkurangan pada tahun kebelakangan ini namun Barber menjelaskan bahawa keadaan keputusan pada tahun ini dijangka akan lebih meningkat secara positif.
“Kami telah berjaya menyelamatkan spesies anak angsa dan menemuinya pada keadaan yang baik serta bebas dari sebarang kecederaan di mana ia jelas merupakan satu perkembangan yang cukup positif,” jelas Barber.
Acara pemeriksaan spesies angsa di Sungai Thames itu hanya dijangka bakal berjaya diselesaikan dalam tempoh masa lima hari. –AP