Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Malaysia mencatatkan peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023, menurut firma ketersambungan awan, Cloudflare.

    Menerusi laporan sukuan bertajuk Global Internet Trends and Insight, Cloudflare menjelaskan kesesakan trafik berasal dari Malaysia yang dapat dikurangkan semasa tempoh itu meningkat 19 peratus.

    “Pada suku pertama 2024, Cloudflare memenuhi purata 23 bilion permintaan kandungan harian kepada Malaysia.

    “Daripada permintaan harian itu, purata 929 juta atau empat peratus telah disekat sebagai serangan siber setiap hari, diklasifikasikan terutama sebagai serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS) berasal di Malaysia, peningkatan 19 peratus suku ke suku,” tambah firma itu.

    Berkongsi maklumat lanjut mengenai DDoS, Cloudflare memaklumkan industri yang paling menjadi sasaran di Malaysia pada suku pertama 2024 termasuk perjudian, mata wang kripto, teknologi maklumat dan perkhidmatan serta penerbangan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...