Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tragedi Maracana: ANATORG anggap Polis, CBF ‘cuai’

    RIO DE JANEIRO, 23 NOV – Polis Brazil dan pihak berkuasa bola sepak saling menyalahkan berikutan pergaduhan yang tercetus menjelang perlawanan Brazil menentang musuh ketat Argentina, menyebabkan beberapa orang cedera dalam apa yang disifatkan sebagai ‘tragedi yang diramalkan’.

    Persatuan kelab peminat bola sepak Brazil, ANATORG, berkata pihak berkuasa kerajaan dan Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) ‘cuai’ dalam menempatkan penyokong saingan bersebelahan antara satu sama lain pada pertembungan epik Selasa lalu di stadium Maracana Rio de Janeiro, tanpa penghalang yang memisahkan mereka.

    Kelayakan Piala Dunia 2026, yang dimenangi Argentina 1-0, terpaksa ditangguhkan selama kira-kira 30 minit apabila penyokong lawan mula saling bertumbuk sebelum perlawanan bermula. Polis terpaksa campur tangan dalam pergaduhan itu dengan menggunakan baton, meninggalkan beberapa peminat dengan muka berdarah dan kecederaan lain.

    “Kecuaian dan ketidakcekapan CBF dan pegawai keselamatan mengakibatkan pergaduhan,” kata ANATORG, yang telah mengeluarkan kenyataan amaran tentang risiko keganasan, memandangkan pelan tempat duduk bercampur. “Ini adalah tragedi yang diramalkan,” katanya.

    Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata “keganasan tidak sepatutnya ada dalam bola sepak.”

    Polis Brazil bertembung dengan peminat Argentina sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 bermula di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil, baru-baru ini. – AFP

    “Pemain, peminat, kakitangan dan pegawai perlu selamat dan terjamin,” tulisnya di Instagram.

    Stadium ikonik itu menjadi huru-hara pada malam Selasa, dengan para pemain cuba sedaya upaya untuk menghentikan pergaduhan itu. Kapten Argentina, Lionel Messi mengetuai pasukannya kembali ke bilik persalinan, kembali hanya setelah keadaan terkawal.

    Polis negeri Rio menyifatkan peristiwa itu sebagai ‘menyedihkan,’ dan menuduh CBF bertemu dengan komandernya untuk membincangkan rancangan keselamatan hanya selepas tiket habis dijual dengan pelan tempat duduk bercampur.

    “CBF memutuskan untuk mengeluarkan tiket untuk jualan tanpa kuota negara dan lebih teruk, tanpa mengehadkan ruang tempat duduk yang berasingan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bagaimanapun, CBF menolak tuduhan kecuaian tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda