Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tragedi tanah runtuh, 1 maut, 9 hilang

    JAKARTA, 25 MAC – Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak, hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia kelmarin, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

    Bencana di kampung Cibenda di daerah Bandung Barat itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam.

    Pemangku Pegawai Daerah Bandung Barat, Arsan Latif berkata seorang wanita daripada sembilan individu tertimbus telah ditemukan pada awal hari ini, lapor Xinhua.

    Menurut beliau, kira-kira 400 penduduk kampung terjejas dipindahkan ke pusat perlindungan sementara selepas berpuluh-puluh rumah musnah. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda