SI KECIL itu memeluk lutut. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Bau hanyir darah dapat dihidu. Dia mengigil ketakutan. Dia tahu ada yang memerhatikannya kala ini. Ibu, ayah, kakak dan juga abangnya semuanya telah mati dibunuh dengan kejam di dalam banglo kolonial itu. Hanya dia seorang sahaja yang masih bernafas. Dia memandang sayu sekujur tubuh abangnya yang