Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Trail Blazers atasi Hawks

    LOS ANGELES, 4 JAN – Anfernee Simons menjaringkan 43 mata iaitu terbaik dalam kariernya ketika Portland Trail Blazers menamatkan empat kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 136-131 ke atas Atlanta Hawks kelmarin.

    Simons menjaringkan 13 daripada 21 semasa perlawanan, sembilan dari 16 jaringan dari garisan tiga mata dan menjaringkan kesemua lapan lontaranpercuma di depan 15,100 penonton di arena Moda Center.

    Trae Young mengetuai Hawks dengan menjaringkan mata tertinggi musim dalam NBA sebanyak 56 mata.

    “Saya tidak peduli mengenai apa pun melainkan dengan kekalahan ini, jadi rasa hampa dengan kekalahan tersebut kerana pada penghujung hari, itu yang bermakna kepada saya,” kata Young. “Saya berharap kami akan menang.”

    Young berjaya menjaringkan 17 daripada 26 dalam gelanggang dan menambah dengan 14 assist dalam kekalahan itu.

    56 mata hasil daripada Young mengatasi prestasi 51 mata Kevin Durant untuk Nets di Detroit pada 12 Disember lalu. Pemain Golden State, Stephen Curry dan pemain Boston, Jaylen Brown juga mendapatkan 50 mata perlawanan pada musim ini. – AFP

    Pemain pertahanan Blazers, Anfernee Simons (kiri) menggelecek sekitar pemain pertahanan Hawks, Trae Young semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA di Portland, Ore pada 3 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...