Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Trailer hook tingkat peluang ikan mengena pancing

    Oleh Raz AS –

    Umpan pancing bersaiz besar selalu digunakan untuk menggoda ikan-ikan besar. Meskipun banyak di antara spesies-spesies buruan ini mempunyai mulut yang boleh terbuka luas dan mampu menelan umpan-umpan yang disajikan itu tanpa sebarang masalah, namun ia bukanlah jaminan 100 peratus mata kail yang tersemat pada umpan tersebut akan melekat ke sasarannya.

    Kadang-kadang, ikan bijak memuntahkan semula umpan yang disambarnya.

    Kadang-kadang pula sambaran sang ikan tersasar dan hanya terkena pada bahagian ekor atau kepala sedangkan mata kail dipasang pada tempat berlawanan.

    Hal ini bukanlah satu perkara yang jarang berlaku, bahkan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan si pemancing.

    Joran pancing yang dilabuh melentur kuat, reel menjerit dan spool memuntahkan tali, tapi hanya beberapa saat kemudian aksi tersebut tiba-tiba sepi.

    Contoh lure jenis softplastic yang telah dipasangkan trailer hook. – GAMBAR OLEH THE LURE ANGLER
    Trailer hook atau stinger hook dipasang pada umpan bersaiz besar bagi meningkatkan peluang ikan terkena mata pancing. – GAMBAR OLEH STEVE DAUGHERTY

    Apabila tali digulung naik, umpan udang saiz panjang sejengkal atau umpan ikan basong-basong terputus dua hanya tinggal separuh badan. Itulah senario yang lazim berlaku.

    Tidak terhad pada pengguna umpan konvensional sahaja, bahkan pengguna umpan tiruan atau lure terutamanya daripada jenis bermata tunggal seperti spinnerbait, chatterbait, buzzbait dan softplastic juga menghadapinya. Sang ikan hanya menyambar skirt atau ekor paddletail atau curlytail yang tergelek-gelek menggiurkan.

    Untuk mengatasi masalah ini sesetengah pemancing menggunakan kaedah trailer hook atau stinger hook.

    Trailer hook atau stinger merupakan mata kail kedua atau lebih yang ditambah ke perambut, di bawah mata kail utama. Contohnya, jika menggunakan umpan ikan hidup, mata kail utama dipasang pada bahagian berdekatan kepala (atau bahagian ekor mengikut kemahuan masing-masing), stinger hook pula dipasangkan pada bahagian ekornya.

    Dengan cara begini, sekiranya ikan hanya menyambar sebagian daripada badan umpan, mata kail awda sudah tersedia di kedua-dua bahagian.

    Di negara ini kaedah penggunaan trailer hook atau stinger ini, selalunya digunakan oleh pemburu-pemburu ikan tenggiri, dan kadang-kadang ia juga digunakan oleh pemancing-pemancing pantai.

    Sementara itu penggunaan trailer hook pada lure pula lebih lazim dilihat digunakan di luar terutama di Barat dan Australia. Mungkin ada kalangan pemancing kita yang juga menggunakannya pada lure mereka tetapi setakat ini penulis belum pernah terjumpa atau melihatnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi bertemu PM Vietnam

    BEIJING, 27 JUN - Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh hari ini. Xi berkata China ingin bersama Vietnam...