DAMSYIK, 8 MAC – Sekurang-kurangnya 32 orang maut setelah sebuah trak membawa bahan bakar bertembung dengan dua buah bas dan beberapa buah kenderaan yang lain di sebatang jalan yang menghubungkan ibu kota Syria, di wilayah Homs, lapor media tempatan.
Kegagalan brek telah menyebabkan trak tersebut merempuh 15 kenderaan dan dua buah bas besar yang membawa penum-pang warganegara Iraq, kata menteri dalam negeri, Mohammad Khaled al_Rahmoun semasa memeriksa tapak kemalangan di luar Damsyik.
Seramai 77 orang lagi dilaporkan tercedera dalam kemalangan tersebut, beliau menambah dipetik dari SANA.
Rakaman-rakaman yang disiarkan media kerajaan menunjukkan pasukan penyelamat dikerahkan ke kawasan nahas dua buah kereta yang telah hancur remuk.
SANA menyiarkan sebuah gambar seorang penumpang bas dengan hujung bas tersebut masih terbakar. Mangsa kemala-ngan dipercayai terdiri dari warga Iraq Syiah yang sedang dalam perjalanan menuju kuil berdekatan dengan ibu kota tersebut. – AFP
