RAMALLAH – Krisis koronavirus telah menjejaskan perniagaan restoran di Tebing Barat.
Tetapi satu bahagian daripada sektor penyajian makanan semakin mendapat perhatian masyarakat setempat iaitu trak makanan.Dengan kebanyakan restoran terpaksa ditutup disebabkan oleh sekatan kesihatan, trak makanan membolehkan ahli perniagaan untuk mencari jalan mendapatkan sumber rezeki. Ia adalah kaedah yang jarang dilakukan terutama di kawasan di mana kadar pengangguran adalah melebihi 20 peratus.
Issa Haj Yasin, seorang pelajar kejuruteraan, membuka sebuah kedai trak makanan pertama sebelum krisis koronavirus untuk menjana pendapatan bagi membiayai yuran pengajian di universiti dan kegunaan harian.
Perniagaan tersebut terhenti pada bulan pertama krisis, tetapi ia kembali dibuka semasa pandemik semakin memburuk. Kini perniagaan tersebut meningkat dua kali ganda.
“Kini saya mempunyai enam orang pekerja yang bekerja di dalam dua buah van, dan saya sedang menyediakan van baharu yang akan memerlukan empat orang lagi pekerja baharu,” kata Haj Yasin. Trak yang diletakkan di tengah-tengah jalan di bandar Tebing Barat, Ramallah dan pekerja-pekerja sedang sibuk menyediakan makanan bagi pelanggan yang sedang menunggu pesanan mereka.
Mohammed Shkukani merupakan seorang lagi ahli perusahaan yang menjalankan perniagaan van kopi di Ramallah. Dia berkata van bergerak ini merupakan perusahaan pertamanya. Dia menyukainya kerana ia dapat dipindah ke mana-mana. “Jika saya berdepan dengan masalah politik atau ekonomi di tempat ini, saya boleh berpindah ke tempat lain,” katanya.
Pandemik yang melanda ketika ini telah menjejaskan ekonomi Palestin. Kadar ekonomi di sana berkembang satu peratus pada 2019 dan dijangka akan mengecup 7.6 peratus hingga 11 peratus pada 2020, menurut ramalan Bank Dunia. Pihak berkuasa Palestin yang mendapat sokongan antarabangsa, yang mentadbir sebahagian daripada Tebing Barat, dijangka akan menghadapi jurang pendanaan.
Setelah berjaya membendung penularan virus pada musim bunga, pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama dengan Israel untuk mengenakan pasca perintah berkurung disebabkan oleh peningkatan jangkitan telah memaksa pihak berkuasa Palestin untuk mengenakan perintah berkurung selama 10 hari pada Julai lalu. Kini dilaporkan lebih dari 35,000 kes dikesan di Tebing Barat dan lebih dari 250 kematian.
Lebih dari suku penduduk Palestin tinggal dalam kemiskinan sebelum penularan wabak. Bank Dunia berkata angka tersebut mungkin akan meningkat 30 peratus di Tebing Barat. – AP

