Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trak pilihan 2018

    TRAK bersaiz besar seperti Chevrolet Silverado dan Ford F-150 sangat terkenal pada masa ini.

    Tetapi trak baharu tidak semestinya menepati keperluan orang ramai. Mungkin bagi mereka, trak bersaiz sederhana mempunyai pelbagai kebolehan. Trak bersaiz sederhana keluaran terbaharu ini mampu menunda, menarik dan membawa para penumpang seperti keupayaan trak bersaiz besar.

    Lebih menarik lagi, trak tersebut menawarkan peningkatan yang memberangsangkan, permulaan harga yang murah dan menjimatkan minyak. Jadi siapa yang terbaik? Terdapat beberapa perbandingan antara faedah kepada individu dan kelemahannya.

    Honda Ridgeline 2018

    Reka bentuk Ridgeline bukan seperti reka bentuk trak yang biasa namun bentuk luaran yang membuatkan orang tertanya-tanya apakah kebolehannya. Tetapi realiti menunjukkan bahawa kenderaan ini merupakan trak yang berkebolehan dalam segmennya yang tersendiri.

    Honda Ridgeline ini merupakan sebuah trak yang selesa. Ia menawarkan beberapa kelengkapan yang unik antaranya ialah tempat penyimpanan yang boleh dibuka sama ada dari atas dan bawah atau melalui tepi untuk memudahkan penyimpanan. Apa yang menarik lagi, pilihan untuk menambah sistem stereo.

    Toyota Tacoma 2018.
    GMC Canyon 2018.
    Chevrolet Colorado 2018.

    Di bahagian enjin, Ridgeline dilengkapi dengan enjin V6 3.5 liter yang menawarkan kuasa enjin yang tenang dan penjimatan minyak. Walaupun powertrain mempunyai had yang tertentu, sistem all-wheel-drive tidak mempunyai keupayaan untuk perjalanan off-road sepertimana sistem four-wheel-drive. Dengan sistem all-wheel-drive itu, kapasiti penundaan Ridgeline boleh menampung sehingga 5,000 paun.

    Toyota Tacoma 2018

    The Tacoma merupakan sebuah trak yang mempunyai pelbagai keupayaan tanpa melihat kepada size trak tersebut. Bagi peminat trak yang mempunyai keinginan yang tinggi, The Tacoma akan menjadi pilihan yang tepat. Trak ini mampu menunda sehingga 6,800 paun dan ia juga mempunyai reputasi yang baik dalam nilai penjualan semula.

    Bagaimanapun, Tacoma tidak dominan. Ruang dalaman yang berbeza kerana posisi tempat duduk pemandu sangat berbeza. Toyota menawarkan dua enjin iaitu 2.7 liter empat silinder atau 3.5 liter V6.

    Empat silinder mampu melakukan beberapa tugas tetapi disarankan untuk dinaiktarafkan kepada 3.5 liter V6. Secara keseluruhannya, Tacoma merupakan sebuah trak yang sesuai bagi peminat trak yang gemar mengembara.

    Chevrolet Colorado dan GMC Canyon 2018

    Chevrolet Colorado memiliki reka bentuk yang kemas dan mudah menjadi kenderaan sehari-hari. Ruang dalaman yang ringkas dan beberapa kelengkapan teknologi yang dipertingkatkan. Chevy juga menawarkan beberapa pilihan enjin antaranya 2.5 liter empat silinder dan boleh dinaikkan kepada 3.6 liter V6 atau 2.8 liter turbocharge empat silinder diesel.

    Honda Ridgeline 2018.
    Nissan Frontier 2018.
    Ford Ranger 2019.

    Bagi yang memilih diesel, maksimum kapasiti untuk penundaan adalah sehingga 7,700 paun dan sementara The Tacoma menjadi ‘raja’ trak bersaiz sederhana, kini mendapat persaingan oleh Colorado ZR2.

    Nissan Frontier 2018

    Nissan Frontier 2018 hanya menerima beberapa perubahan dalam beberapa dekad yang lalu. Ruang dalaman yang sama seperti sebelum ini. Tempat duduk yang sederhana yang dilengkapi dengan papan pemuka. Kenderaan ini mempunyai penjimatan yang agak sederhana.

    Sementara itu, Nissan Frontier mempunyai harga yang berpatutan berbanding pesaing yang lain. Model ini juga mempunyai reka bentuk yang mengancam bagi yang meminati trak yang asas.

    Ford Ranger 2019

    Walaupun model ini belum tiba di Amerika Syarikat, Ford Ranger menjadi perbualan bagi trak yang bersaiz sederhana. Ranger sudah beberapa tahun tidak tercatat dalam pasaran Amerika Syarikat tetapi Ford kembali dengan Ranger yang baharu dan didedahkan semasa Pameran Auto Detroit beberapa bulan yang lalu.

    Ia mungkin akan berada di pasaran pada akhir 2018. Ranger baharu ini akan dilengkapi dengan enjin empat silinder 2.3 liter turbocharge yang bakal menawarkan keupayaan penundaan dan pengangkutan yang mantap termasuk kelengkapan teknologi Ford yang terbaharu.

    Bergantung kepada minat seseorang, Ranger baharu ini mungkin tidak sia-sia untuk menunggu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda