Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    TransferWise lancar operasi di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 21 NOV – Syarikat teknologi kewangan (fintech) global, TransferWise melancarkan operasinya di Malaysia, telah mendapat lesen pengiriman wang daripada Bank Negara Malaysia pada Jun lepas.

    Pengasas Bersama/Pengerusinya Taavet Hinrikus berkata mulai hari ini, syarikat yang beribu pejabat di London itu mampu menawarkan Malaysia cara yang lebih murah, cepat dan mudah untuk menghantar wang di peringkat antarabangsa. Beliau berkata TransferWise merupakan satu-satunya syarikat dalam pasaran menggunakan kadar pertukaran sebenar.

    “Bank dan penyedia lain di seluruh dunia menyembunyikan fi mereka dalam penanda kadar pertukaran, menjadikannya amat sukar bagi pelanggan untuk mengira jumlah sebenar yang mereka bayar untuk pemindahan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda