Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Transformasi Teknologi digital Dalam industri binaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Industri binaan terus melalui perubahan dan pembaharuan dengan pengenalan teknologi pembinaan digital bagi meningkatkan serta memberikan kemudahan dalam tugasan harian bagi para pengamal industri binaan.

    Sehubungan dengan itu, lebih 70 orang ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera & Arkitek (PUJA) Brunei serta pegawai dan kakitangan kerajaan serta sektor swasta menghadiri Acara Pembangunan Berterusan Profesional (CPD) bertajuk Digital Construction BIM Cost Management: Reengineered yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

    Acara yang bermatlamat untuk mempromosikan kesedaran nilai-nilai dan manfaat Building Information Modelling (BIM) dan integrasi teknologi dalam industri binaan itu mengetengahkan tiga sesi ceramah yang disampaikan wakil-wakil dari Glodon Software (Malaysia) Sdn Bhd.

    Majlis itu juga dihadiri oleh Naib Presiden PUJA, Dayang Nazhatulshima binti Haji Mohd Jamil yang juga merangkap pengerusi di bawah Divisyen Juruukur dan Pengarah Negara, Glodon Software (Malaysia), Victor Lee.

    Victor dalam kata alu-aluannya pada sesi berkenaan menyatakan penghargaan kepada PUJA atas jemputan dan sokongan terhadap Glodon Software serta memberikan penerangan mengenai sejarah penubuhan, perkembangan dan perisian serta teknologi digital dalam industri binaan.

    Ahli-ahli PUJA serta pegawai dan kakitangan kerajaan dan sektor swasta yang menghadiri sesi ceramah di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Ceramah pertama bertajuk The Status Quo, Challenges and Trends on Global Construction Industry disampaikan oleh Pengurus Produk Nasional Glodon, Myke Ong yang menerangkan mengenai perkembangan teknologi serta perubahan yang dibawanya kepada industri binaan, kejuruteraan dan arkitek.

    Ceramah itu turut menumpukan dengan penerokaan nilai-nilai serta peluang yang wujud dengan pelaksanaan perisian pengurusan kos BIM bagi pembinaan digital. Pada masa yang sama, Myke Ong yang mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam bidang binaan, pengurusan dan pentadbiran juga memberikan penerangan mengenai proses pembangunan dan penyelidikan produk berkenaan selama tempoh empat tahun kebelakangan ini.

    Sesi ceramah dan demonstrasi kedua produk disampaikan oleh Pakar Produk Cubicost, Amirul Izzat yang mempunyai pengalaman lebih lapan tahun

    dalam bidang binaan dan industri minyak dan gas di mana beliau menerangkan mengenai transformasi digital dan menekankan dengan adanya data digital serta kesalinghubungan, ia merupakan aspek utama dalam transformasi berkenaan.

    Beliau turut menerangkan bahawa pelaksanaan integrasi teknologi dapat digunakan sebagai penyelesaian kepada usaha untuk memudahkan lagi pertukaran dan pendigitalan data menerusi platform bersepadu.

    Ceramah ketiga pula disampaikan oleh Pakar Produk Perisian Mekanikal, Elektrik dan Paip (MEP) Glodon serta Jurutera Perkhidmatan Kanan, Rajesh Sunkari yang menyatakan bahawa rekaan Sistem MEP merupakan satu aspek penting dalam pembinaan di mana penggunaan BIM dapat membantu mengatasi cabaran-cabaran dalam rekaan MEP.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda