Trauma punca Nagita bersalin secara pembedahan

Isteri kepada selebriti Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina terpaksa melahirkan anak keduanya pada Jumaat secara pembedahan atas nasihat doktor.

Ibu kepada Raffi iaitu Amy Qanita berkata menantunya mempunyai pinggul yang kecil menyukarkan untuk melahirkan anak secara normal.

“Gigi (Nagita) kan memang mempunyai pinggul yang kecil. Jadi doktor kena pantau. Berat badan anaknya juga menyukarkan untuk melahirkan secara normal,” katanya.

Dalam pada itu, Amy turut memberitahu pengalaman melahirkan anak pertama membuatkan Nagita berasa trauma.

“Waktu melahirkan anak pertama memang secara normal tapi Nagita melalui proses yang amat menyakitkan. Sebab itu kali ini ambil keputusan untuk pembedahan,” ujarnya.

Nagita selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Baby R di RS Bunda, Menteng, Jakarta.

Dia mendirikan rumah tangga dengan Raffi pada 17 Oktober 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama bernama Rafathar Malik Ahmad pada 15 Ogos 2015. – Agensi