Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trek Dunia 2024: Muhammad Shah Firdaus kesembilan acara Keirin

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat kesembilan acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 berlangsung di Ballerup, Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia.

    Pelumba berusia 28 tahun terkandas di peringkat separuh akhir selepas mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dalam Saringan 1, di belakang pelumba Colombia, Kevin Quintero, Kento Yamasaki (Jepun) dan Mateusz Rudyk (Poland) sekali gus memasuki perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.

    Menurut https://www.uci.org/race-hub/2024-tissot-uci-track-world-championships, hanya tiga pelumba layak terbaik dari setiap pusingan mara ke final bagi merebut pingat emas, manakala selebihnya mengharungi perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.

    Kento muncul juara dunia keirin 2024, manakala pelumba Israel Mikhail Yakovlev dan Kevin masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

    Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Muhammad Ridwan, yang juga adik kepada Muhammad Shah Firdaus, menduduki tempat kelima dalam pusingan repechage sekali gus tidak layak ke suku akhir.

    Muhammad Shah Firdaus akan beraksi dalam acara pecut lelaki, esok. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda