ROM, 17 APRIL – Ciro Immobile patah tulang rusuk dan cedera bahagian belakang selepas kereta yang dipandu kapten Lazio bersama dua anak perempuannya bertembung dengan sebuah trem, kata pihak Serie A.
Kelab itu berkata dalam satu kenyataan kelmarin, pemain berusia 33 tahun itu mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan tulang belakang dalam kemalangan itu.
Immobile, yang menjaringkan penalti dalam kemenangan 3-0 Lazio di tempat lawan menentang Spezia baru-baru ini, dibawa ke klinik Agostino Gemelli, kemudahan yang sama di ibu negara Itali di mana Pope Francis dirawat untuk bronkitis baru-baru ini.
“Keadaannya baik buat masa ini. Pemain tersebut masih dalam pemerhatian,” tambah kelab itu.
Beberapa penumpang trem itu turut cedera, menurut agensi AGI.
Immobile memberitahu polis bahawa trem itu telah melanggar lampu merah.
Dia telah menjaringkan 10 gol Serie A musim ini untuk membawa Lazio ke tangga kedua di belakang pasukan pendahulu, Napoli. – AFP


