Wednesday, October 9, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trend bibir Beetlejuice

    Jika awda mempunyai bibir pecah, trend solekan baharu ini mungkin sesuai.

    Ini kerana penampilan bibir Beetlejuice, yang ketika ini trending di platform TikTok, menerima ketidaksempurnaan bibir.

    Matlamat solekan ini adalah untuk menghasilkan semula penampilan bibir berjalur watak ikonik Beetlejuice bagi menyesuaikan bibir awda.

    Selepas pelancaran filem Beetlejuice Beetlejuice karya Tim Burton, yang dibintangi pelakon ikonik Michael Keaton, Winona Ryder dan Catherine O’Hara dengan corak kostum berjalur hitam-putih telah memberikan inspirasi kepada ramai peminat solekan di platform berkenaan.

    Inspirasi di sebalik trend tersebut muncul daripada seorang pengguna, Adrianna Kalisz, memuat naik video yang telah meraih 43.8 juta tontonan dan hampir lima juta tanda suka.

    Video solekan bibir Beetlejuice oleh Hello Adri mempunyai lebih 43.8 juta tontonan setakat ini di TikTok. – ANN/TheStar
    Gambar Envato

    Dalam video itu, dia menggunakan pembayang mata cecair hijau pada bibirnya, kemudian mengetap bibirnya untuk menghasilkan garisan semula jadi sebelum menggunakan pembayang mata hitam.

    Kemudian, sebaik sahaja bibirnya dilepaskan, corak belang hijau dan hitam akan muncul, mengingatkan motif pada sut Beetlejuice.

    Teknik itu pada mulanya dipopularkan oleh pengguna TikTok, Luara Reisinger, dan ia digelar sebagai bibir belang.

    Sejak itu, trend baharu ini menarik perhatian dalam talian, terutama oleh beberapa pencipta kandungan.

    Di samping itu, pengguna turut mencuba teknik tersebut dengan semua jenis warna pembayang mata.

    Lebih daripada sekadar trend solekan di TikTok, bibir Beetlejuice juga mampu menormalkan ketidaksempurnaan semula jadi bibir di mana ia bertentangan dengan trend kecantikan berasakan filler bibir yang menggunakan suntikan bagi meningkatkan dan menghaluskan bibir.

    Setentunya, helah solekan seumpama itu tidak berkesan pada bibir yang gebu, licin, dan lembap.

    Realitinya, garisan yang dihasilkan tidak cukup besar untuk membuat jalur yang jelas di mana ia sangat mengecewakan ramai pencipta kandungan kecantikan.

    Akan tetapi menggembirakan pengguna yang tidak memilih suntikan bibir, seperti Helayna Shelton.

    Dia berkata, “Ketaksuban baharu saya ialah menonton pempengaruh kecantikan yang terlalu banyak menggunakan suntikan bibir telah mencuba bibir Beetlejuice.”

    Video jurusolek itu telah menerima tanda suka daripada hampir dua juta orang di TikTok dan ditonton sebanyak 15.2 juta kali.

    Shelton turut menyebut tentang seorang lagi jurusolek, Jeffree Star, menerusi video percubaannnya yang gagal mencipta semula bibir Beetlejuice telah ditonton lebih 31 juta kali dan dua juta tanda suka.

    Dalam video itu, seorang pengguna bernama Gabby menunjukkan teknik itu tidak berfungsi kerana pengisi membuat garisan bibir pempengaruh menjadi kurang
    menyerlah dan kurang jelas. Komen itu disukai oleh lebih 443,300 pengguna. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda