Gelang tangan sangat sesuai untuk wanita merangkumi semua peringkat umur dan bentuk badan dengan gaya terbaik.
Ia boleh menyerlahkan pakaian pejabat konservatif atau blaus dengan sentuhan gaya dan perwatakan.
Malah pakaian yang paling asas, seperti kemeja-T lengan panjang biasa atau baju sejuk, boleh meningkatkan penampilan serta-merta apabila lengan baju itu dinaikkan perlahan-lahan ke atas untuk mendedahkan keindahan gelang.
Paling penting, gelang tangan termasuk aksesori lain untuk tangan bukan sahaja meningkatkan penampilan malahan menjadikannya kelihatan lebih langsing dan lebih memikat sekali gus menyerlahkan lagi keekspresian.
Tangan mempunyai bahasanya sendiri, misalnya untuk menyampaikan mesej kata-kata melalui isyarat. Semasa gerak isyarat dibuat, gelang akan memberi sedikit keindahan dan kilauan, yang ditingkatkan menerusi setiap pergerakan.
Lebih-lebih lagi, gelang boleh dipakai bersendirian untuk keanggunan bersahaja atau disusun untuk lebih mempesonakan, mencipta gaya yang benar-benar milik awda.
Dalam konteks gelang yang direka dalam bentuk barang kemas, awda boleh memilih Cartier sebagai pilihan yang sesuai.
Contohnya Gelang Coussin De Cartier jenama Perancis.
Ia terdiri daripada emas putih tebal, ditetapkan dengan 1,825 berlian potong berjumlah 27.50 karat.
Satu lagi keajaiban gelang tangan terdiri daripada Piaget, telah diberi nafas baharu menerusi teknik guilloche atau hiasan istana seperti mana yang telah digunakan pada pemukaan jam tangan.
Ia telah dilancarkan dengan reka bentuk gelang bertatahkan berlian dan emas dalam warna putih, kuning atau emas mawar.
Bentuk sedemikian yang telah digunakan oleh jenama itu sejak 1960an, mengukir emas untuk menambah tekstur di samping meningkatkan kedua-dua bentuk dan bahan supaya kelihatan menonjol dan bersinar terang walaupun dalam cahaya malap.
Untuk penampilan yang sportif dan bergaya dalam barang kemas, awda boleh merujuk koleksi kapsul Fred Force 10 jenama Perancis iaitu gelang kabel yang dijalin dengan hiasan emas atau emas putih termasuk batu berharga.
Sementara itu, bagi mereka yang gemar menggunakan bling tebal, gelang pembalut HardWear Tiffany & Co adalah sangat sesuai menyerlahkan lagi gaya awda. Gelang pautan emas mawar itu hadir dengan kunci dan loket bulat.
Selain itu, tingkatkan penampilan awda dengan pesona vintaj dan serba boleh dengan set gelang dan anting-anting modular Ulmer Et Cie.
Ia merupakan ciptaan tahun 1960an oleh Bakhache Fine Jewellery, menampilkan pengapit boleh tanggal yang membolehkan awda mengubah semula setiap motif bulatan menjadi sama ada anting-anting atau gelang.
Serlahkan lagi penggayaan tangan awda dengan gelang tangan khas Wasis.
Dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh kord telefon lama, ia pasti menjadi daya tarikan dalam penampilan awda.
Aksesori gelang tangan itu dicipta dan merupakan hasil buatan tangan oleh Nurul Sakinah Hassan.
Begitu juga dengan semua barang kemasnya dibuat menggunakan loyang tembaga atau perak.
Jadi tidak mengejutkan bahawa selepas dipaparkan dalam majalah Harper’s Bazaar edisi tempatan baru-baru ini, ciptaannya telah menarik perhatian orang dalam industri di Paris dan New York. – ANN/The Star