KOREA – Shim Young-mi, 37, adalah salah seorang yang menunggu dalam barisan untuk mencuba hidangan udang karang di salah sebuah restoran di Korea di mana pada asalnya hidangan tesebut berpangkalan di New York. Dia berkata dia tidak kisah menunggu lama dan berbelanja lebih untuk roll udang karang sebesar tapak tangan. Harganya berbeza-beza bergantung pada jumlah isi udang karang dalam roll.
“Saya ingin merasai kedua-dua roll udang karang dan roll ketam, jadi saya memesan separuh. Saya pasti akan melawat (kedai) itu apabila ia dibuka secara rasmi di sini.
Ia menawarkan jenis rasa yang berbeza berbanding kedai sandwic atau hotdog biasa lain di Korea,” kata Shim kepada The Korea Herald.
Restoran tersebut mengendalikan kedai pop-up di beberapa buah pasar raya beli-belah Korea menjelang pembukaan rasmi kedai utamanya di Seoul baru-baru ini. Kedai pop-up seumpama itu adalah cara untuk mendengar pendapat pelanggan dan menganalisis penerimaan mereka terhadap item yang baharu itu, menurut JRW, rakan kongsi lesen di salah sebuah restoran Korea itu.
Clam chowder, bisque lobster dan mac and cheese adalah antara menu lain di restoran itu.
Penggemar makanan juga teruja dengan ketibaan syarikat churros baharu yang datang dari Barcelona.
Sebuah kedai kecil churros di Barcelona, Sepanyol, yang dibuka pada tahun 1968, akan datang ke Seoul. Cawangan Korea pertamanya akan dibuka di Yeonnam-dong, Seoul, di mana ia adalah cawangan luar negara pertama kedai churros yang mesti dilawati.
Sebelum dibuka, kedai tersebut juga mengendalikan kedai pop-up di pasar raya beli-belah di Korea untuk mengenal pasti respons pelanggan. Disebabkan pengunjung yang masih berkurangan, kedai itu terpaksa mengehadkan bilangan pembelian setiap orang kepada dua set. Satu set termasuk lima churros sepanjang jari dan 178 mililiter coklat panas untuk diminum dan dicelup.
Dibuat menggunakan coklat dan minyak yang diimport dari Sepanyol, rasa rangup churros goreng yang ditaburi gula kayu manis di atasnya adalah serupa dengan rasa churros yang terdapat di Barcelona, menurut Double H F&B, yang memiliki hak jualan pasaran Asia eksklusif.
Sebuah kedai pop-up churros akan dibuka di cawangan Pasar Raya Coex Hyundai dan di The Hyundai Daegu baru-baru ini.
Walaupun pasaran kopi Korea sudah sebati dengan cita rasa orang Korea, akan tetapi ia tidak menghalang jenama kopi luar negara daripada membuka cawangan di pasaran Korea yang masih menguntungkan.
Selepas rangkaian kopi Kanada membuka cawangan pertama dan kedua di Gangnam Disember lalu, manakala satu lagi jenama kopi istimewa akan datang ke Seochon, Jongno-gu, Seoul.
Instagram rasmi syarikat kopi itu berkata butiran pembukaan kedainya di Korea akan diumumkan tidak lama lagi.
Ia merupakan salah sebuah syarikat pemanggang kopi dan peruncit terkemuka di Amerika Syarikat (AS), di mana akan menjadi kedai luar negara pertama di Seochon.
Selain itu, jenama aiskrim yang dikendalikan oleh sebuah jenama fesyen dan gaya hidup yang berpangkalan di New York ditubuhkan pada 2011 akan datang ke Seongsu-dong di Seoul pada musim bunga ini.
Perjanjian untuk membawa masuk jenama aiskrim itu telah dicapai pada musim panas lalu oleh konglomerat fesyen di bawah Kumpulan Pasar Raya Serbaneka Hyundai.
Resipi aiskrim serba boleh dan sesuai yang dicipta oleh selebriti menjadikannya popular di AS, di tambah lagi dengan tekstur seperti gelato dan topping bijirin rangup dan cip coklat.
Sebagai contoh, ciptaan khusus The Bam Bam, yang dicipta sendiri oleh penyanyi rap Amerika terdiri daripada Rice Krispies Treats, Cookie Crisp, Cinnamon Toast Crunch, Kit Kat, Crushed Oreos dan kepingan Lucky Charms.
Sementara itu, bagi peminat boba pula jenama teh susu terkenal China juga akan datang tidak lama lagi ke Seoul, membuka kedai pertama Korea di Apgujeong, Gangnam-gu. Butiran tarikh pembukaan atau lokasi sebenar belum didedahkan.
Jenama boba itu kini mempunyai kedai di AS, Kanada, Australia dan UK, di mana minuman istimewanya dihiasi dengan lapisan yang diperkaya busa krim keju dijangka menarik pelanggan Korea. – The Korea Herald