BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Penyakit kardiovaskular termasuk penyakit jantung dan strok adalah antara penyebab utama kematian di Negara Brunei Darussalam dengan 421 kematian pada tahun 2016. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi berkata, bagaimanapun ramai orang berfikiran bahawa penyakit jantung kebanyakan berlaku ke atas orang tua.