Friday, July 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Trend solekan beri

    Tidak ada keraguan tentang dunia kecantikan, dalam erti kata yang paling luas, kini menyatu dengan dunia makanan.

    Ini adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hati dan kurang keyakinan untuk beralih kepada mengamalkan makanan yang sihat bagi memperbaiki keadaan kulit mereka di mana ia merupakan sebagai asas bagi setiap kecantikan yang menyeluruh. Sejak beberapa bulan ini, pengguna media sosial juga telah mendapat sumber inspirasi daripada ramuan, makanan dan minuman untuk mencipta trend kecantikan baharu.

    Sebagai contoh warna gangsa menerusi solekan latte, solekan espresso untuk warna yang lebih gelap dan warna daripada buah labu yang lebih tertumpu kepada warna jingga.

    Ia merupakan trend yang bermula tahun lepas, di mana telah tular melalui media sosial selama berbulan-bulan.

    Sekarang minat tentang trend berkenaan telah dihidupkan kembali dalam solekan yang lebih cerah dan berwarna-warni. Platform media sosial merupakan cara yang mudah untuk para pengguna mencari sumber inspirasi baharu, bersesuaian dengan musim semasa contohnya, musim beri.

    Gambar menunjukkan model mengaplikasikan solekan berwarna-warni merangkumi merah, merah jambu dan ungu yang dinspirasikan oleh semua jenis beri. – ANN/The Star
    Gambar ANN/The Star

    Daripada beri biru dan hitam kepada raspberi, kismis hitam, anggur dan juga tomato, warna merah, merah jambu dan ungu telah menjadi bualan media sosial, terutama sekali dalam TikTok.

    Bagi yang menginginkan rupa yang cantik dan menawan, ia bukan merupakan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Justeru awda perlu tahu untuk memilih warna yang sesuai dengan situasi semasa. Bagi musim beri, warna buah beri adalah pilihan tepat kerana kepelbagaian warnanya yang mampu untuk memberikan variasi yang berbeza bagi mata, pipi dan bibir.

    Awda disarankan untuk memilih warna pastel. Tujuannya adalah untuk mencapai rupa solekan semula jadi, ringan, dengan sedikit sentuhan warna, dan tidak perlu berlebihan. Ia adalah rupa kecantikan yang sangat terserlah, sentiasa segar dan berseri, selaras dengan inspirasi musim tersebut.

    Trend berkenaan baru-baru ini telah memberi kesan yang mendalam kepada khalayak untuk mendapatkan inspirasi daripada sumber buah-buahan tertentu seperti beri dalam dunia kecantikan.

    Sementara itu, solekan strawberi turut memberikan kesan bercahaya, sihat dan menawan ditambah lagi apabila berada pada suasana berlatar belakangkan pantai akan menyerlahkan lagi solekan tersebut.

    Begitu juga solekan ceri yang tertumpu pada warna merah, di mana ia merupakan ilham daripada Itali tahun 1970an.

    Sumber daripada buah-buahan cukup memberikan inspirasi sepertimana yang telah dibuktikan melalui buah beri dan diharap mampu untuk menjadi tumpuan trend semasa. – ANN/The Star

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...