Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trend solekan glitter

    Kemewahan yang tidak menonjol telah diketengahkan di pertunjukan fesyen New York untuk musim Musim Bunga/Musim Panas 2024, tetapi tidak semua jenama mengikuti trend tersebut.

    Label mewah The Blonds mengambil jalan yang bertentangan, memfokuskan pada kemewahan, glamor dan fantasi, diilhamkan oleh dua makhluk mitos iaitu ikan duyung dan unicorn di mana ia selalu mempengaruhi dunia fesyen dan kecantikan.

    Tema itu meningkatkan penampilan kecantikan dengan kuku XXL, di samping pengilat berwarna-warni dan dihiasi dengan rhinestones serta pembayang mata berwarna gelap atau pastel.

    Ini adalah trend yang mungkin telah menjadi popular pada zaman milenium setelah ia dicuba dan diuji pada penghujung 1990an.

    KELEMBAPAN DAN KILAUAN

    Pencipta bagi kandungan kecantikan, Cat Quinn, telah menyiarkan video yang mempamerkan rupa ‘kulit siren,’ membangkitkan pertunjukan fesyen The Blonds, dan menjelaskan dia mengujinya di bawah bimbingan artis solek, Jessie Lefler.

    Pertunjukan Blonds di Minggu Fesyen New York membawa kulit berkilauan kembali fesyen ke hadapan dengan ‘kulit siren.’
    – ANN/TheStar
    Gambar ANN/TheStar

    Ia menunjukkan wanita muda itu memakai pembayang mata ungu yang halus dan berkilauan, manakala badannya ditutup dengan campuran dua produk yang kelihatan penting untuk mencipta rupa tersebut.

    Ia terdiri daripada kosmetik MAC merangkumi pelembap bercahaya Krim Strobe dan serbuk kilauan Glitter Reflects Transparent Pink untuk muka, badan dan rambut.

    Dua produk berkenaan membantu memberikan sedikit kesan kelembapan pada kulit dengan pantulan kilauan halus.

    Hanya dalam beberapa hari, video itu memperoleh lebih 10,000 tontonan, menunjukkan kemunculan trend yang meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

    Oleh sebab pertunjukan fesyen The Blonds adalah untuk Musim Bunga/Musim Panas 2024, terdapat kemungkinan besar bahawa trend kecantikan itu akan diguna pakai terutama sekali menjelang musim perayaan.

    Perlu diambil perhatian dua produk yang disebut oleh Cat Quinn tidak semestinya digunakan kerana krim pelembap yang ringan dan serbuk berkilauan juga sudah cukup memadai walau apa pun jenamanya.

    CIPTA KESAN KULIT BERSERI

    Walaupun trend baharu tersebut adalah tentang glitter dan kilauan, ia juga mengingatkan dua estetika kecantikan lain yang menjadi tular pada akhir 2022 dan awal 2023 iaitu kulit lembap bercahaya dan solekan sebelum mandi.

    Kedua-duanya berusaha untuk mencipta semula kesan lembap atau kelihatan basah, seperti selepas bersenam atau selepas keluar dari bilik mandi.

    Kesan yang sama turut dilihat pada tahap yang lebih rendah dalam penampilan ‘kulit siren.’

    Kulit lembap bercahaya berusaha untuk mencapai kulit wajah yang kelihatan basah atau lebih tepat lagi kesan cahaya semula jadi hasil bedak asas yang nipis dan mist, manakala solekan sebelum mandi bergantung pada penggunaan solekan base, bedak asas dan produk kontur.

    Bagaimanapun, ideanya tetap sama seperti ‘kulit siren’ dalam mencipta kesan kulit berseri secara semula jadi walaupun tanpa glitter. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda