Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trend teknologi terkini untuk tahun 2017

    TAHUN 2017 telah menjanjikan lagi satu arus perkembangan pelbagai lagi bentuk dan inovasi teknologi malah sesetengah penggemar perkembangan teknologi tidak sabar untuk perkembangan itu. Apa yang dianggap mustahil di kebanyakannya dilakukan di dalam sebuah filem blockbuster kini akan boleh didapati di dunia realiti dengan arus perkembangan teknologi ini.

    Pengalaman yang terbaik dengan menggunakan AL

    ‘Artificial Intelligence (AL)’ ketika ini semakin banyak digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi komunikasi seperti Google, Amazon dan Salesforce bagi memberikan para pengguna satu keselesaan untuk mencuba satu pengalaman dan melayari sesuatu yang baru. Amazon Echo dan Apple’s Siri memberikan anda keselesaan di mana anda mempunyai kuasa untuk mengarahkan teknologi itu untuk memainkan muzik yang anda inginkan dan informasi tentang keadaan cuaca serta menghantar mesej kepada rakan-rakan anda. Berkemungkinan besar, Amazon akan menjadi satu ‘Link’ dalam menghubungkan setiap aplikasi digital di dalam kediaman anda.

    IoT di rumah

    Aplikasi Internet ini sememangnya sudah terkenal dan diketahui sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun agak perlahan untuk digunakan di rumah. Idea tentang IoT ini merupakan satu rayuan di mana kebanyakan individu mengimpikan The Jetsons untuk hidup kembali di dunia nyata dan kelengkapan yang ada di rumah dapat dihubungkan dan memudahkan.

    Apa yang menjadi masalah ialah gajet-gajet yang terdapat di rumah tidak memenuhi atau tidak sesuai dengan aplikasi Internet ini namun pada tahun ini, pencipta inovasi teknologi ini sedang memfokuskan untuk berkongsi-kongsi idea dan bekerjasama sesama mereka. Aplikasi ‘Smart Home’ di pilih untuk memaksimumkan penggunaan Wifi di sebuah kediaman rumah.

    VR dan AR

    Virtual Rality merupakan gajet yang menerima penggunaan yang tertinggi pada tahun lepas manakala Augmented Reality lebih memaparkan kemungkinan digital skrin kepada dunia realiti seperti beberapa aplikasi permainan contohnya, Pokemon Go Craze. Pada tahun 2017 ini, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat VR dan Ar sebagai satu alat teknologi yang semakin ke arah perkembangan terkini dengan pembabitan dan kemasukan banyak permainan baru memberikan satu peluang pemasaran dan penggunaan komputer yang banyak.

    ‘Video Streaming’ yang banyak

    Berkemungkinan besar anda mungkin sudah menyedari situasi ini terutama sekali di media-media sosial yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk video. Sekarang ini, orang ramai lebih suka untuk melakukan ‘Live Streaming’ sama di Facebook, Instagram dan banyak lagi. Oleh sebab itu, kebanyakan media-media sosial sedang bersaing untuk menaik taraf kemudahan mereka untuk menarik lagi minat para pengguna aplikasi mereka.

    Sebagai contoh, menarik orang ramai daripada menonton TV dan meluang masa terhadap telefon bimbit mereka. Malah hari ini, rancangan berita dan laman web mengorak langkah untuk pengguna digital di mana para penulis atau wartawan boleh berinteraksi bersama-sama dengan pembaca.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda