Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Trevor menang Hadiah Erasmus Belanda

Pelawak Trevor Noah, bekas hos The Daily Show, baru-baru ini telah memenangi Hadiah Erasmus Belanda yang berprestij, menjadi pelawak pertama yang dianugerahkan kehormatan tersebut sejak Charlie Chaplin pada tahun 1965.

Hadiah ini dinamakan sempena ahli falsafah Belanda dan sarjana humanisme Desiderius Erasmus, yang hidup dari tahun 1466 hingga 1536.

Menurut Yayasan Praemium Erasmianum, Noah, 39, menerima hadiah tersebut “Atas sumbangan yang penuh inspirasi kepada tema In Praise of Folly, yang dinamakan sempena buku terkenal Erasmus, yang penuh dengan humor, kritikan sosial dan satira politik.”

Yayasan itu menambah, “Dengan pemikirannya yang tajam, sinis dan inklusif, Noah, di mata juri, mengekalkan Semangat Erasmian.”

Noah, yang muncul sebagai pelawak tunggal di negara kelahirannya, Afrika Selatan, mengumumkan tahun lalu bahawa beliau akan meninggalkan The Daily Show Comedy Central selepas tujuh tahun mengendalikannya. – AP

Gambar fail bertarikh 5 Feb 2023 menunjukkan Noah ketika menghoskan Anugerah Grammy ke-65 di Los Angeles. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -