Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Triple-double Westbrook julang Thunder

    LOS ANGELES, 29 Nov – Pemain pertahanan Oklahoma City Thunder, Russell Westbrook meraikan satu kejayaan triple-double dalam kemenangan NBA hari ini, sementara triple-double pertama bintang Houston musim ini hanya meletakkan kekecewaan dalam kekalahan kepada Dallas Mavericks.

    Westbrook mencatatkan 23 mata, 19 rebounds dan 15 asis untuk memastikan Thunder menang 100-82 ke atas Cleveland Cavaliers.

    Dengan triple-double ke-107 sepanjang kerjayanya, Westbrook terikat bagi kedudukan ketiga dalam senarai sepanjang masa dengan Jason Kidd, bekas bintang Dallas Mavericks yang memerlukan 1,247 perlawanan untuk mencapai angka 107, sementara Westbrook mencapai kejayaan itu hanya dalam 760 perlawanan.

    Westbrook, yang merampas rekod triple-double dalam satu musim dari Oscar Robertson dengan 42 dalam kempen 2016-17, masih lagi jauh dari rekod kerjaya Robertson, 181.

    Bekas pemain terhebat Los Angeles Lakers, Magic Johnson berada di tempat kedua dalam senarai dengan 138.

    Westbrook berkata dia terus menikmati setiap peluang untuk memburu pemain-pemain hebat sebelumnya, yang berkata triple-double, pencapaian purata dua digit pada keseluruhannya dalam tiga kategori, adalah sesuatu untuk diraikan ‘selama mana kami menang’.

    Bagi Harden, usaha bagi 25 mata, 17 asis dan 11 rebounds, bersama dengan enam steals, tidak cukup dalam kekalahan di laman sendiri 128-108 kepada Dallas Mavericks.

    Dallas memanfaatkan kelebihan sepenuhnya dengan ketiadaan pemain pertahanan utama Houston, Chris Paul, dengan mendahului 21 mata pada suku ketiga sebelum Rockets mengurangkan defisit kepada lima lewat suku persaingan itu.

    Dallas, yang menyaksikan Luka Doncic dan pemain pertahanan Devin Harris mencatatkan 20 mata, memulakan suku keempat dengan 10-2 untuk mendapatkan kawalan sepenuhnya. – AFP

    Bintang Thunder, Westbrook (kanan) cuba dihalang oleh pemain Cleveland Cavaliers dalam aksi NBA di Oklahoma City kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda