Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trisha Ooi cari pasangan ‘family man’ tapi bukan suami orang

    Enggan terjerat cinta suami orang membuatkan pelakon Trisha Ooi sentiasa berwaspada dalam pergaulan terutama dengan berlawan jantina.

    Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron, 24, berkata, status sebagai selebriti juga membuatkan dia lebih berhati-hati agar tidak dikaitkan dengan isu yang boleh merosakkan reputasinya.

    “Kalau boleh tak mahulah jadi penyondol! Saya nak komen lebih-lebih pun saya takut.

    “Bagi saya lebih baik saya menjaga diri sendiri dan itu sahaja yang boleh saya lakukan. Untuk orang lain saya tak mahu komen,” katanya kepada mStar.

    Trisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Janna Endoro di Petaling Jaya yang berlangsung pada malam Isnin.

    Trisha sentiasa berhati-hati apabila berkenalan dengan lelaki. – mStar

    Masih tidak mempunyai teman lelaki, Trisha mahu memberi fokus kepada karier lakonan selain masih banyak perkara perlu dilakukan bagi mementapkan kerjayanya.

    “Saya tidak mencari, tiada juga datang mendekat. Keluarga pun sangat memahami dan ibu saya menyokong kerjaya saya.

    “Memang buat masa ini saya fokus sepenuhnya kepada karier,” ujarnya.

    Pun begitu kata Trisha, itu juga bukan bererti dia menutup pintu hatinya buat mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya kerana soal hati dan perasaan adalah di luar jangkaan.

    Berkongsi kriteria lelaki disukainya, Trisha memberitahu dia lebih selesa jika pasangannya nanti seorang yang mengutamakan keluarga.

    Ini kerana kata Trisha, dia sendiri sangat rapat dengan keluarga dan ingin mencari teman hidup dengan nilai sama.

    “Saya tak kisah orang itu dalam industri atau orang biasa, paling penting dia seorang family man. Saya rapat dengan keluarga sebab itu saya suka lelaki yang ada ciri-ciri macam itu.

    “Saya rapat dengan keluarga sebab itu saya suka lelaki yang ada ciri-ciri macam itu. Tapi bukan dengan lelaki yang sudah berkeluarga!,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Trisha menunjukkan sisi yang berlainan apabila menjadi pelakon utama di dalam filem Janna Endoro. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda