Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trisha Ooi disamakan dengan Noorkhiriah, berjaya bawa watak OKU

    Pelakon Trisha Oii bersyukur apabila ada menyamakan bakat lakonannya dengan aktres Noorkhiriah selepas video dia membawa watak orang kelainan upaya (OKU) tular di media sosial.

    Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, berkata dia menganggap pujian itu sebagai satu penghormatan sebagai pelakon baharu.

    “Sejujurnya saya bersyukur kalau ada melihat saya sebagai pelapis pelakon senior yang berpengalaman.

    “Saya juga rasa dihormati dan tersentuh apabila ada yang memberi komen seperti ini,” katanya kepada mStar.

    Tidak mahu mendabik dada, sebaliknya Trisha mencari peluang terus belajar agar dapat menjadi seorang pelakon lebih baik.

    Trisha Ooi melakonkan watak OKu bernama, Mah. – mStar

    Malah dia juga tetap menyertai kelas lakonan bagi menghayati karya terbaharunya berjudul Mah.

    “Saya masih lagi belajar sebab mahu menjalankan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin. Sebenarnya saya masih lagi ada perasaan takut ketika berlakon dan sebab itu saya masuk kelas lakonan,” katanya.

    Sementara itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) menyangkal dakwaan dia semakin ‘demand’.

    Jelasnya dia lebih selesa jika bayaran ditawarkan pihak produksi sesuai dengan pengalaman dan bakat dimiliki.

    “Bab ‘demand’ itu bukan saya! Saya masih lagi Trisha yang sama dan hargai kalau orang kenal saya disebabkan bakat.

    “Saya lakukan ini kerana minat saya dan tempat saya cari makan. Saya rasa setiap kerja dan amanah adalah tanggungjawab,” kongsinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda