Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trofi Liga Perdana Inggeris dipamerkan di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Peminat bola sepak di Malaysia berpeluang melihat sendiri trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi Manchester City FC musim 2021-22, petang ini dan esok.

    Trofi itu dipamerkan di Football Republic di Sunway Pyramid Mall bermula 4 petang hingga 9 malam hari ini dan 3 petang hingga 9 malam esok sebagai sebahagian daripada Jelajah Trofi Dunia Manchester City bagi meraikan kejayaan itu bersama peminat mereka.

    Pengurus Negara Puma Malaysia, Steven Tan berharap ia akan menyemarakkan lagi kecintaan para peminat terhadapbola sepak dan terus berusaha memajukan sukan itu selepas melihat sendiri trofi tersebut.

    “Trofi EPL ialah antara yang paling didambakan dalam sejarah sukan. Ia menjadi simbol kepada pencapaian tertinggi dalam sukan paling terkenal dalam liga profesional paling popular di dunia, dan ia berada di sini hari ini,” katanya dalam kenyataan. 

    Jelajah itu turut melibatkan jualan barangan berjenama Manchester City termasuk
    jersi yang ditandatangani pemain, bola dan cenderamata lain. – Bernama

    Trofi Liga Perdana Inggeris yang dipamerkan di Sunway Pyramid Mall, Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda