Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trofi Rio milik Schwartzman

    RIO DE JANEIRO, 26 Feb – Diego Schwartzman dari Argentina telah memenangi gelaran kerjaya terbesarnya hari ini, menewaskan pemain tenis dari Sepanyol, Fernando Verdasco 6-2, 6-3 dalam perlawanan akhir di gelanggang tanah liat Terbuka Rio de Janeiro.

    Ia adalah kejohanan pertama dimenangi oleh pemain pilihan keenam, Schwartzman dalam kejohanan dunia ATP sejak kejuaraan Istanbul 2016.

    Pemain berusia 25 tahun itu, merupakan pemain paling rendah di kejohanan itu dengan ketinggian 1.75 meter, menewaskan pesaing veteran Verdasco, 34, dan sekali gus melonjak lima kedudukan dari ranking 23 ke 18 dunia.

    Ia merupakan pengalaman pertama pemain tenis dari Argentina itu memasuki kedudukan 20 teratas dunia.

    Sementara itu, Verdasco, pemain pilihan kelapan kejohanan, berharap untuk meraih gelaran pertamanya sejak Bucharest pada tahun 2016 tetapi dikecewakan dengan beberapa kesalahan sepanjang perlawanan. – AFP

    Diego Schwartzman meraikan kemenangannya ke atas Fernando Verdasco di Terbuka Rio, yang berkesudahan
    6-2, 6-3. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda